Wednesday, March 18, 2015

KEK COKLAT KUKUS




RESEPI NI BERRY AMBIL DARI BLOG http://cikmatahariku.blogspot.com.. U'OLL BOLE REFER KAT SITU KALO XPAHAM YER.. HIHIHI



Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  • Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  • Kukus kek selama 1 jam.



1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )