Friday, February 2, 2018

BISKUT FERREROR ROCHER

assalammualaikum...

hai semua, harini berry nak share resepi biskot ferreror rocher home made.. almaklomla beli kat kedai mahalkan............. so kita buat sendiri la ye, bole makan banyak2 HAHAHAHAHA...

ok xnak melalut banyak lagi, jom kita tengok resepi.




250 GRAM BUTTER
80 GRAM GULA ICING
20 GRAM CONFLACK HANCUR
360 GRAM TEPUNG GANDUM
100 GRAM SERBUK ALMOND
40 GRAM TEPUNG JAGUNG
ESEN VANILLA
*BADAM CINCANG
*COKLAT MASAKAN


CARA-CARANYA:-
-          PUTARKAN BUTTER DAN GULA SAMPAI KEMBANG, MASUKKAN ESEN VANILLA.

-          MASUKKAN TEPUNG GANDUM, SERBUK ALMOND DAN TEPUNG JAGUNG

-          PANASKAN OVEN 150 DARJAH CELCIUS

-          BENTUKKAN BULAT2 DAN BAKAR DALAM OVEN 20-25 MINIT


-          CAIRKAN COKLAT MASAKAN DAN GOLEKKAN DALAM COKLAT MASUKKAN DALAM PAPER CUP. TABURKAN BADAM CINCANG.




ook... selamat mencuba!!!!!!

Monday, January 8, 2018

AIR DETOX


Assalammualaikum...

hai semua!!! dah lameeeeeee sangat berry xupdate blog ni. fuh!! setahun sudah. janji dulu nak rerajin menulis.. opsss!! maafkan berry ye..

kali ni berry nak share air detox. berry akan  buat air detox ni bila berry rase badan berry dah berat, lesu hahahahaha... bagus air detox ni, buang segala toksin dalam badan

ok berry guna 3 bahan je iaitu

1) Asam Keping/ Asam Gelugor

asam keping ni dalam 4-5 keping macam tu. asam keping ni dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan juga mengempiskan perut. selain daritu juga yang mana ibu2 dalam pantang tu, asam keping juga dapat pengecutkan rahim.


2) Lemon
yang kedua pulak buah lemon, buah lemon ni berry basuh bersih2 dan hiris nipis2 xpayah buang kulit dia. buah lemon ni macam2 khasiat dia. salah satunye mengawal kolesterol dalam badan, merawat hypertension, merawat keletihan, dan banyak lagi.. jadi untuk detox ni buah lemon sebagai "cutter" untuk buang lemak...

3) Halia
yang ketiga berry guna halia. halia ni fungsi dia nak kuarkan angin dalam badan. kalau rase sengal2 sendi, kebas2 kat tangan or kaki bole la amalkan ambik dalam satu inci pastu hiris nipis2. nak tumbuk pun bole.


lepastu semua bahan2 tadi kita masukkan dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air. bila dah mendidih tutup yah rebus lame2. dah suam bole la diminum..

elok dijadikan minuman harian pagi dan malam, buang air pun lawas je.. 

ok selamat mencuba!!!!

P/S gambar ihsan pakcik google

Saturday, December 17, 2016

KERABU MANGGA UDANG

hi semua, dah lameeeeeee giler berry xhupdate belog ni.. dah bersawang dah ni... mungkin kali ni berry akk rajin skit la ye.. memandangkan sekarang berry ade mase lapang kuikuikuikui.. ok xnak merapu banyak2.. berry nak share resepi KERABU MANGGA UDANG yang berry dapat dari buku resepi RASA ni..

berry dah try, memang sedap. hehehehe


bahan - bahan

1/2 kilo udang sedang - udang ni di basuh, di rebus dan di buang kulit. potong lah nak beso ke nak racik halus ke xnak potong pon boleh. berry potong dua je.

sebiji mangga muda, nak banyak mangga tambah lagi sebijik ye. hiris halus2, nak parut pun bole.

5-10 biji cili padi dihiris halus. yang ni bergantung pada tahap kepedasan anda semua. berry letak 5 biji je. berry xkuat pedas sangat

satu biji bawang besar dihiris halus

1 sudu makan jus limau nipis

1 sudu makan gula

1/2 sudu makan sos ikan. yang ni beli di pasar raya pon ade.



cara-carany

masukkan semua bahan dalam mangkuk dan di gaul rata. lepas tu rase la. kot2 nak tambah gula lagi ke, nak masam tambah air limau lagi ke, ikut tekak anda la ye.. heheheheh

Wednesday, March 18, 2015

KEK COKLAT KUKUS




RESEPI NI BERRY AMBIL DARI BLOG http://cikmatahariku.blogspot.com.. U'OLL BOLE REFER KAT SITU KALO XPAHAM YER.. HIHIHI



Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  • Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  • Kukus kek selama 1 jam.



1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )



Monday, March 10, 2014

MASHED POTATO

HARI NI BERRY NK SHARE RESEPI MASHED POTATO.. ALA KNTANG LENYEK YANG MACAM MAKAN KAT KFC TU.. HIHIHI..RESEPI NI BERRY DAPAT DARI KAWAN BERRY KAT FACEBOOK.. DIER POST KAT WALL DIER JD BERRY SHARE LA NGN KOME SUME YER.. HIHIHI...  MARI KITE TGOK CARA2NY YER.. XSSH PON.. SNNG SNGT N BOLE D BUAT HARI2.. MOH KITE TENGOK... 





(Difficulty level: sangat mudah)

Bahan-bahan A:
8-10biji kentang
2 sudu butter

Black Pepper
White Pepper
1/2 kotak kecil susu segar (optional)


Cara-cara:
1. Rebus kentang sehingga lembut/empuk selama 15-20minit
2. Toskan kentang. Lenyekkan kentang rebus bersama-sama 2 sudu butter.
3. Masukkan White dan Black Pepper mengikut citarasa.
4. Sedikit demi sedikit tuangkan susu segar ke dalam kentang lenyek tadi. Susu hanya untuk tambahkan rasa lemak sahaja. Tak ada pun xpe.


Bahan-bahan B (sos gravy):
1 labu bawang besar (ditumbuk/blend)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
2 sudu butter
2 kiub ayam Maggi
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air suam)
2 cawan air masak
1 sudu teh kicap 


Cara-cara:
1. Panaskan butter dan tumiskan bawang tadi sampi perang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kiub ayam, dan 2 cawan air masak
3. Adunan mula memekat masukkan sedikit white dan black pepper. Seterusnya masukkan kicap sedikit untuk hasil kuah yang sedikit coklat keperangan.
4. Tutup api. Toskan/tapis kuah untuk elakkan ketulan atau bawang yang tidak lumat tadi. 


Siap untuk dihidang. Jemput!

Monday, September 9, 2013

CHOCOLATE CHEESECAKE

ASSALAMMUALAIKOM....

HAI ALL'S... LAME DAH BERRY XUPDATE YERK... ALMAKLOM LA.. SKRG BERRY BZ BEBENO NGN PRAKTIKUM NI... BERRY PRAKTIKAL KAT HOTEL PELANGI MUAR. OK LA XNK GOSIP PNJNG2.. ARINI BERRY NAK SHARE RESEPI CHOCOLATE CHEESECAKE... YUMMY.... SEDAPNY... TERLIUR DAH HA... BRU JE SEBUT NAME, LOM BUAT N MAKN LG.. OK LA.. JOM KITE TENGOK YER APE BAHAN2 YANG DIPERLUKAN.



BAHAN A

2 CWN TEPUNG GANDUM (DIAYAK)

1/2 CWN SERBUK KOKO (DIAYAK)
1/2 BUKU BUTTER
2 BIJI TELO GRED A
1 CWN GULA CASTOR
1 SUDU TEH ESEN VANILLA



BAHAN B

1 1/2 CWN KRIM KEJU

1 BIJI TELO
1/2 CWN GULA CASTOR
1 SUDU TEH ESEN VANILA
2 SUDU MAKAN TEPUNG GANDUM


CARA-CARANYA:-

  • BAHAN A, PUTARKAN MENTEGA NGAN GULA SAMPAI KEMBANG. THEN, MASUKKN TELO SATU PERSATU BERSAMA ESEN VANILLA. NEXT, MASUKKN KOKO N TEPONG SIKIT2 TAU KALO X T BERTERABUR. MASUKKN DLM LOYANG DAN KETEPIKAN.
  • BAHAN B:-  PUTARKAN KRIM KEJU N GULA SAMPAI KEMBANG. MASUKKAN ESEN VANILLA BERSAME NGAN TELO, KEMUDIAN GAUL RATA TEPUNG HINGGA SEBATI. MASUKKAN KE DLM LOYANG YANG ADA BAHAN A TADI DAN RATAKAN.
  • SELEPAS ITU BOLEH LA DI BAKAR DLM SUHU 140C - 150C SELAMA 1 JAM. KALO NAK KUKUS PON BOLE YER...
  • UNTUK HIASAN MENGIKOT KREATIVITY ANDA... NK CURAH CHOCOLATE PON BOLE... OR NK LETAK WHIPING CREAM PON BOLE...



OK LA KAWAN2... SELAMAT MENCUBA!!!!!!!  :-)

Tuesday, July 2, 2013

RESEPI AMBUYAT

HAI SUME!!!!!!!!!!!!! LAME DH XMNGUPGATE BELOG NI YER.. HUHUHU... MAAP LA BERRY SNGT2 LA BZ YG TERAMAT2 SBB SKRG BERRY DI THN AKHIR DEGREE HUHU... PAPE PON KWN BERRY NI HA.. NK SNGT RESEPI AMBUYAT.. APE TU AMBUYAT?? HA.. JUM KITE TENGOK SAME2 YER.. RESEPI NI BERRY COPY PASTE KAT. 
http://www.nutriweb.org.my/recipe/vol2/bm/sabah_sarawak/recipi_ss1.php

KORG BOLE JUGAK RUJUK KAT SITU K... 





Ambuyat (Masakan Suku Kaum Bisaya/Brunei)
Hidangan untuk 5 arang
Bahan A
1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
Bahan B
600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
40 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (2 sm) kunyit hidup                 ditumbuk kasar
10 g (2 sm) halia
3 g (5 biji) cili padi
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1� sudu teh) garam
625 ml (2� cawan) air
Bahan C
500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih             ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan
Cara memasak
Bahan A
Cara membuat ambuyat:
  1. Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
  2. Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
  3. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
Bahan B
  1. Ikan dibersih dan dipotong 5 keping.
  2. Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.
Bahan C
  1. Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.
Nota:
  1. Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
  2. Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
  3. Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih.
  4. Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.
Berat satu hidangan: 600 g